~:: Soalan-Soalan & Jawapan ::~

 

tBuku Pelawat
Senggara Buku Pelawat

Tarikh

Soalan

Jawapan

Catatan

22/07/06

Che Yang Ahmad - Assalamualaikum... bagaimana cara untuk belajar asas sulaman termasuk penggunaan mesin jahit secara internet? harap puan dapat membantu kak yong.wassalam

Wa'alaikumsallam! Sebenarnya disebalik mempunyai mesin sulaman jenis 20U43 atau 20U63 atau mana2 jenama mesin sulam, pihak kami akan menghantar nota2 sulaman melalui email. Kakyong hanya perlu copy atau download ke komputer atau cetak (print) dan memprektikkannya langkah demi langkah. Sekiranya Kakyong telah mempunyai asas sulaman maka nota2 akan dihantar lebih kerap bagi memenuhi tahap latihan sulaman Kakyong. Sekiranya terdapat mana2 yang tidak faham sila sms (012-2104007) atau email atau gunakan kotak pertanyaan didalam laman sulamankreatif yang pernah Kakyong gunakan sebelum ini. Sekiranya Kakyong iginkan perhubungan secara online kita akan menggunakan kaedah Yahoo Mesengger, tapi kena beritahu dahulu masanya.

Email Kakyong cheyang_ahmad@yahoo.com dilapurkan tidak wujud!

22/07/06

 

Noor Atikah Othman (Kuala Kurau, Perak) - Assalamualaikum, :: saya nak contoh bunga sulaman. Adakah puan ada keluarkan buku? Ada jual ka?


Wa'alaikumsallam, Setakat ini kami hanya menyediakan CD yang memuatkan 57 Biku Berbunga dan 43 corak kerawang dan dijual dengan harga RM35.00 sahaja. Cik/puan boleh cetak untuk mendapatkan imej 'hard copy' kerana design bunga2 tersebut disusun dalam 'word'. Sekiranya berminat kami akan aturkan cara pembayaran dan menghantar CD tersebut secepat mungkin.

Email telah dihantar ke mnatikah@tm.net.my dan CD telahpun dihantar serta diterima oleh Puan Noor Atikah.

24/07/06

Puan Rahida (Pulau Pinang) - Saya memang berminat didalam jahitan sulaman tetapi saya menetap di sg petani, adakah pihak tuan membuka cawangan di sp?

Cik/puan Rahida masih boleh mengikuti progrem E-sulam dengan menghadiri kelas sekali atau dua kali sudah mencukupi untuk menguasai pengendalian asas mesin sulam. Kemudian prektislah dirumah dengan nota2 melalui internet (email). Cik/puan masih boleh merujuk sebarang permasalahan dengan kami ditempat kami beroperasi. Kami boleh mengadakan jurutunjuk sulaman untuk Bengkel Bergerak sepertimana penjelasan di Laman Utama. Ini bermaksud puan perlu menyediakan mesin, tempat serta 4 lagi pelajar2 lain (sekurang2nya) bagi memenuhi keperluan yang kami tetapkan.

Email penjelasan telah dihantar ke rahida@mpsp.gov.my

01/08/06

Nur Syafiqah (Sarawak) - Ada tak belajar di sarawak ini?...saya boleh tak saudari beri satu contoh untuk simo yang biasa untuk dekat baju kurung kalu pakai tangan..

Sebenarnya saya kurang faham dengan soalan Cik Nur Syafiqah, tapi saya cuba jawab juga. Saya rasa Cik Syafiqah telah pun melihat design bunga-bunga sulaman yang dipaparkan. Itu adalah suntingan dari sulaman pada baju-baju yang ditempah. Jadi saya harap tidak perlu lagi disertakan contoh. Mengenai belajar di Sarawak, kami memang tiada cawangan di sana. Harap penerangan mengenai E-Sulam akan memberi penjelasan kepada soalan ini. Terima kasih kerana menghubungi kami!

Email telah dihantar kepada susied1@snt.com.my

02/08/06

Zarina - salam,::Saya amat berminat dengan sulaman tangan untuk motif2 bunga kecil pada tudung. Adakah terdapat dlm kursus puan?

Seni sulaman boleh disesuaikan dengan apa jua motif, maka motif bunga2 halus juga boleh dihasilkan dan tidak menjadi masalah melalui pengajaran sulaman kami. Paparan dalam web kami adalah contoh untuk baju, itupun belum dimuatkan contoh2 sulaman kerawang. Untuk tudung sememangnya diperhaluskan sedikit design tersebut untuk lebih menyesuaikan.

Email telah dihantar kepada zarina@tmsk.uitm.edu.my

03/08/06

(Pulau Pinang) Puan, Saya berminat dengan kerja sulam menyulam ini. Memandangkan Puan Noraini Yusof bakal menjadi tenaga pengajar bagi Koperasi Usahanita Jelutong, P.Pinang tempat tinggal saya. Sila puan bekalkan maklumat-maklumat mengenai kursus yang boleh dipelajari disini. Bilakah kursus ini akan diadakan dan no. tel beliau untuk maklumat lanjut. T/k

Assalamualaikum Puan, Untuk kelas sulaman melalui Koperasi Usahanita Jelutong, puan perlulah merujuk kepada Pengerusinya, Dato' Syarifah Aminah. Pihak Koperasi rasanya belum merangkakan perjalanan kursus ini walaupun sudah ada tenaga pengajar. Namun untuk tidak menghampakan puan, sila rujuk perkara ini dengan Puan Norzaini di talian 016-4075991. Pihak kami akan memaklumkan juga perkara ini kepada Puan Zaini memandangkan wakil kami akan berjumpa dengannya pada pagi esok, Sabtu 5 Ogos atas urusan tempahan sulaman. Sekiranya berminat untuk belajar melalui progrem e-sulam puan perlulah mengikuti syarat2 dan sebutharga yang dinyatakan. Terima kasih kerana menghubungi kami.

Email telah dibalas kepada asmak@penang.gov.my

15/08/06

Lina - Saya berminat. Apa yang perlu disediakan. Adakah hanya RM300 sahaja?

Cik/puan perlulah memiliki mesin sulam. Jika berdekatan dengan tempat kami sila ikuti latihan asas pengendalian mesin.

Email lain2 maklumat telah dihantar ke lina_haslena@yahoo.com

16/08/06

Marina(Shah Alam) - saya mengusahakan kedai jahit diShah Alam dan berminat untuk menghantar tempahan sulaman kepada pihak puan... hubungi saya 03-51220981

Terima kasih kerana berusaha mencari laman web kami melalui Yahoo Search. InsyaAllah design kerawang akan kami hantar kepada puan melalui email. Untuk musim perayaan kami tidak menerima tempahan sulaman kerawang.

mar_azh@yahoo.com

22/08/06

Ruhani Idris (Nairobi, Kenya). Assalamu'alaikum,::::Saya ingin bertanya berkenaan dengan kelas esulam. Memandangkan saya berada diluar negeri, bagaimana cara terbaik untuk saya menjadi salah seorang pelajar esulam melalui internet. Bagaimna pula dengan bayaran RM300 sebagai pendaftarannya boleh dibuat.::Jawapan segera pihak tuan amatlah dihargai

 

Wa'alakumsallam. Cik/puan perlu memiliki mesin sulam zigzag sepertimana yang dipaparkan dalam web ini. Kebiasaannya kalau di dalam negara dari jenama Singer Model 20U43 atau 20U63 dan lain2 jenama yang mempunyai fungsi yang sama. Pihak kami akan memberi guide pengendalian mesin tersebut termasuk pengenalan bahagian2 penting pada mesin berkenaan. Cik/puan akan memprektiskan latihan2 asas melalui nota yang akan dikirimkan melalui email. Mengenai bayaran, sila semak email cik/puan.

ruhani@grandregency.co.ke

szarudin@yahoo.com

28/08/06

Dayang Johanis (Sarawak) - Bagaimana pendaftaran untuk e-sulam boleh saya lakukan?

Puan perlu memiliki mesin sepertimana yang disarankan sebelum mengikuti e-sulam. Mesin yang puan ada sekarang tidak sesuai untuk progrem ini. Sila selesaikan dahulu berkaitan mesin dan maklumat akaun untuk bayaran pendaftaran akan kami maklumkan melalui email atau sms. Terima kasih kerana menalifon kami. Sila majukan alamat email puan kepada kami.

013-8308079 & 08-5428181

29/08/06

Syarifah (Kuala Lumpur) - Kelas sulaman dikawasan KL?

Kelas biasa hanya beroperasi di Penang sahaja (Bukit Mertajam). E-sulam untuk pembelajaran jarak jauh. Terima kasih kerana menalipon kami. Borang pendaftaran akan menyusul.

syarifah@lingkaranteknik.com.my

013-33336898

02/09/06

Che Su Osman (USJ2 Selangor) - Tn/Pn :: Saya ingin mempelajari seni sulaman dari basic. Harap dapat beri keterangan lanjut. Terima kasih.

Puan Che Su - Terima kasih kerana menghubungi kami. Sepertimana penjelasan melalui talipon pihak kami telah menyediakan link untuk borang pendaftaran pada laman 'Hubungi Kami". Link ini akan dimuatkan kedalam lain2 laman selepas ini. Butir2 pendaftaran puan telah kami terima. Maklumat bayaran ialah seperti didalam email kepada puan.

kelisa258@hotmail.com

017-6146182 & 03-80247023

05/09/06

Suriani Yahya (Kuala Lumpur) - Kelas sulam kat KL dimana?

Sila rujuk jawapan kepada Puan Syarifah di atas.

eni_suriani@yahoo.com

07/09/06

Fizan - Adakah tempat belajar disediakan?

Assalamualaikum Cik Fizan,
Sebenarnya kami beroperasi di Bukit Mertajam sepertimana alamat dan pelan lokasi didalam web sulaman kreatif. Soalan Cik Fizan terlalu ringkas dan kami tidak tahu Cik Fizan berada di kawasan mana. Sekiranya berdekatan dengan tempat kami, sememangnya kami menyediakan kemudahan untuk belajar melalui kelas biasa. Harap soalan Cik Fizan terjawab. Terima kasih kerana berminat menghubungi kami.

fzan_shafzan@yahoo.com

08/09/06

Puan Jamilah (Penang) - Bagaimana caranya membuat bayaran pendaftaran? Adakah kelas biasa berjadual kerana saya bekerja?

Terima kasih Puan Jamilah kerana menghubungi kami. Maklumat bayaran pendaftaran akan puan dapat secara otomatik apabila puan mengisi dan menghantar borang pendaftaran. Kuatkuasa puan menyertai progrem kami ialah setelah bayaran disahkan. Sila semak laman utama sulaman kreatif untuk maklumat jadual kelas biasa, manakala pada bulan puasa kami tidak menjalankan kelas biasa ini.

04-2296057

09/09/06

Cik Misarah - Kelas biasa setiap tahap tu berapa bayarannya?

Terima kasih Cik Misarah kerana menalipon kami. Kelas biasa dengan bayaran RM500.00 itu telah merangkumi semua 6 tahap pembelajaran. Cuma tahap 6 sahaja 'optional' - boleh pilih untuk mengikutinya atau tidak.

 

 

10/09/06

Puan Zaini (Sg Petani) - Ada tak kelas sulaman waktu siang? T kasih krna adakan lmn web ni saya memg brmnt nak mdlami lg bdg slman ni, InsyaAllah thn dpn saya nak join.

Terima kasih Puan Zaini kerana sms kami. Kelas biasa sebelah siang memang ada bermula jam 4 hingga 6 petang dan jam 8 hingga 10 malam pada Sabtu dan Ahad sahaja.

019-5136125

11/09/06

Julina Ismail@Kamal (Bayan Lepas Penang) - Saya ada sepasang baju kurung cotton yang telah siap dijahit. Pertanyaan saya ialah adakah boleh baju saya yang sudah siap itu disulam di bhg.lengan baju dan bwh baju?

Sulaman Kreatif Boleh!!! InsyaAllah kami masih boleh menyulam baju yang telah siap. Call dulu seandainya Cik/Puan ingin menghantarnya ketempat kami atau jika banyak helai kami bersedia mengambilnya ditempat Cik/Puan.

juellyna@yahoo.com

019-9620338